Kawasan Pentadbiran Peringkat Provinsi China

   

Chongqing

Singkatan nama Bandar Chongqing ialah Yu. Bandar itu terletak di bahagian timur kawasan barat daya China, dan hulur Sungai Yangtze. Kawasan bandar itu merupakan wilayah Negeri Ba pada Zaman Chunqiu dan merupakan wilayah Negeri Yu pada zaman Dinasti Sui dan Tang. Bandar itu merupakan ibu negara kedua kerajaan Parti Guomindang pada zaman Perang Anti Jepun. Pada tahun 1997, bandar Chongqing yang terdiri daripada 3 bandar iaitu, Chongqing, Wanxian dan Fuling Provinsi Sichuan dan daerah pentadbiran kawasan Qianjiang dijadikan bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Terdapat 15 daerah, 4 bandar peringkat kaunti, 17 kaunti, 4 kaunti autonomi di bandar itu. Keluasan bandar Chongqing berjumlah 82 ribu 300 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah 31 juta 70 ribu orang pada penghujung tahun 2002. Bandar Chongqing merupakan bandar industri, tempat destinasi pelancongan di bandar itu meliputi Tiga Gaung Sungai Yangtze, Gunung Piba, Gunung Jinyun dan lain-lain.

23 provinsi ialah:

Provinsi Hebei, singkatannya Ji. Ibu kotanya Shijiazhuang.

Provinsi Shanxi, singkatannya Jin. Ibu kotanya Taiyuan.

Provinsi Liaoning, singkatannya Liao. Ibu kotanya Shenyang.

Provinsi Jilin, singkatannya Ji. Ibu kotanya Changchun.

Provinsi Heilongjiang, singkatannya Hei. Ibu kotanya Ha'erbin.

Provinsi Jiangsu, singkatannya Su. Ibu kotanya Nanjing.

Provinsi Zhejiang, singkatannya Zhe. Ibu kotanya Hangzhou.

Provinsi Anhui, singkatannya Wan. Ibu kotanya Hefei.

Provinsi Fujian, singkatannya Min. Ibu kotanya Fuzhou.

Provinsi Jiangxi, singkatannya Gan Ibu kotanya Nanchang

Provinsi Shandong, singkatannya Lu. Ibu kotanya Jinan.

Provinsi Henan, singkatannya Yu. Ibu kotanya Zhengzhou.

Provinsi Hubei, singkatannya E. Ibu kotanya Wuhan.

Provinsi Hunan, singkatannya Xiang. Ibu kotanya Changsha.

Provinsi Guangdong, singkatannya Yue. Ibu kotanya Guangzhou.

Provinsi Hainan, singkatannya Qiong. Ibu kotanya Haikou.

Provinsi Sichuan, singkatannya Chuan atau Shu. Ibu kotanya Chengdu.

Provinsi Guizhou, singkatannya Jian atau Gui. Ibu kotanya Guiyang.

Provinsi Yunnan, singkatannya Dian atau Yun. Ibu kotanya Kunming.

Provinsi Shaanxi, singkatannya Shan atau Qin. Ibu kotanya Xi'an.

Provinsi Gansu, singkatannya Gan atau Long. Ibu kotanya Lanzhou.

Provinsi Qinghai, singkatannya Qing. Ibu kotanya Xining.

Provinsi Taiwan, singkatannya Tai. Ibu kotanya Taipei.

Lima wilayah autonomi ialah:

Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, singkatannya Neimenggu. Ibu kotanya Huhhot.

Wilayah Autonomi Tibet, singkatannya Zang. Ibu kotanya Lhasa.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin