Lagu Negara

   

Lagu negara China bernama Mac Tentera Sukarela dan dihasilkan pada tahun 1935. Seni kata lagu negara China digubah oleh Tian Han, dramawan yang terkenal di China dan muzik lagu itu ditulis oleh Nie Er, pelopor Pergerakan Muzik Baru China.

Lagu itu pernah disiarkan sebagai lagu tema dalam filem yang dihasilkan pada tahun 1935. Filem itu menceritakan bagaimana beberapa cendekiawan China menceburkan diri ke barisan terdepan menangkis pencerobohan Jepun setelah tentera Jepun menduduki tiga provinsi di barat laut China berikutan Peristiwa "18 September" pada tahun 1931. Seiring dengan penyiaran filem itu dan pelaksanaan pergerakan penyelamatan sendiri, lagu temanya menjadi popular dan dinyanyi di setiap pesolok negara China dan dianggap sebagai bunyi tuipan kemenangan perang rakyat China melawan penceroboh Jepun.


Pada 27 September 1949, Sidang Pleno Ke-1 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China meluluskan resolusi tentang menetapkan Mac Tentera Sukarela sebagai lagu negara sementara. Pada 14 Mac 2004, Sidang Ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-10 China meluluskan pindaan perlembagaan menetapkan Mac Tentera Sukarela sebagai lagu negara Republik Rakyat China. 

Lagu Negara

"Bangun,mereka yang tidak ingin menjadi hamba.
Membina Tembok Besar baru dengan darah kita.
Bangsa China berada pada saat yang paling berbahaya.
Setiap orang menyuara,
Bangun! Bangun! Bangun!
Kita bersatu padu,
Mara dalam tembakan musuh.
Mara! Mara! Mara!" 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin