Wilayah

   

China yang nama pebuhnya Republik Rakyat China terletak di bahagian timur benua Asia dan pantai barat Lautan Pasifik dan meliputi kawasan darat seluas kira-kira 9.6 juta kilometer persegi. Dari segi keluasan, China merupakan negara terbesar di Asia dan negara ketiga terbesar di dunia selepas Rusia dan Kanada.

Wilayah China melintasi garisan lintang sebanyak lebih 49 darjah dan garisan bujur sebanyak lebih 60 darjah.

Tempat yang paling utara wilayah China di pusat Sungai Heilongjiang di sebelah utara Mohe pada garis lintang utara 53 darjah 30 minit dan berjarak 5500 kilometer dengan tempat paling selatannya Zengmu Ansha di sebelah selatan Kepulauan Nansha pada garis lintang utara pada 4 darjah.

Tempat paling timur wilayah China di tempat pertemuan Sungai Heilongjiang dengan Sungai Wusuli pada garis bujur timur 135 darjah 5 minit dan berjarak 5200 kilometer dengan tempat paling baratnya Dataran Tinggi Pamirs pada garis bujur timur 73 darjah 40 minit.

China yang mempunyai garisan sempadan darat sepanjang 22.8 ribu kilometer bersempadan dengan Korea Utara di timur, Mongolia di utara, Rusia di timur laut dan berjiran dengan Kazakhstan, Kyrghyz, Tajikistan di barat laut, Afghanistan, Pakistan, India, Nepal, Bhutan di barat dan barat daya serta bersambung dengan Myanmar, Laos dan Vietnam di selatan.

China juga menghadapi Korea Selatan, Jepun, Filipina, Brunei Darussalam, Malaysia dna Indonesia di seberang laut.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin