China Radio Antarabangsa (CRI), sebuah kumpulan media peringkat negara yang dikendalikan di bawah Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Negara China komited menjayakan matlamat pembinaan kumpulan media global yang moden, komprehensif dan baharu serta pembentukan pola baharu bagi media massa antarabangsa.
Kumpulan Media Penyiaran Global (GMG) yang ditubuhkan pada 18 Januari 2011 adalah satu-satunya wadah yang dibentuk untuk mengendalikan sumber CRI dan Rangkaian Penyiaran Antarabangsa China (CIBN).
GMG yang mendukung prinsip “Bentuk Wadah Kebudayaan, Bina Media Transnasional Baharu” itu mengendalikan dan memasarkan sumber siaran radio dan televisyen, bahan cetak, laman sesawang serta media baharu yang dimiliki CRI sehingga menyempurnakan perkhidmatan komprehensif yang meliputi pelbagai terminal rangkaian dan mengutamakan pengguna, sekali gus membina jenama sendiri.